fbpx

Lelaki ditemui mati tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tali yang digunakan seorang lelaki dipercayai untuk menggantung diri dalam kejadian di sebuah rumah dalam kawasan perumahan Kampung Pohon Batu semalam.

LABUAN – Mayat seorang lelaki ditemui mati tergantung pada pagar pintu beranda bilik tingkat atas kediamannya di sebuah taman perumahan di kawasan Kampung Pohon Batusemalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 pagi itu, mayat mangsa berusia 24 tahun itu ditemui jiran neneknya sebelum ahli keluarga lain menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat tali yang masih kelihatan tergantung di pagar pintu belakang bahagian tingkat atas rumah berkenaan yang dipercayai digunakan mangsa untuk menggantung diri.

“Mayat lelaki berkenaan telah diturunkan oleh ahli keluarga mangsa terbabit sebelum
pasukan Forensik Hospital Labuan tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Tiada seberang kecederaan fizikal ditemui ke atas mangsa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Ibrahim berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR). -K! PONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI