fbpx

Lans koperal maut dilanggar pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di Kilometer 6 Jalan Kluang - Teck Wah Hing malam semalam.

KLUANG – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar pemandu mabuk dalam kemalangan di Kilometer 6 Jalan Kluang – Teck Wah Hing lewat malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.05 malam itu, mangsa, Lans Koperal Bradford Bernard, 28, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bertugas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam.

“Sejurus sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dilanggar sebuah kereta Mercedes-Benz yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam pengaruh alkohol.

“Anggota polis tebabit, meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, suspek berusia 58 tahun ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya, semakan ke atas rekod jenayah, suspek memilik rekod berkaitan berkaitan Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI