fbpx

Ini pengajaran buat saya – Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIITI SARAH dan Shuib.

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah mengakui tindakan kompaun yang dikenakan terhadapnya dan suami termasuk tiga individu lain selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah restoran di Lipis, Pahang semalam sebagai satu pengajaran besar.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, isteri kepada pelawak dan usahawan minuman, Bubblebee itu turut memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya.

“Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk saya dan diharap menjadi pengajaran juga untuk orang lain supaya sentiasa ikut SOP,” katanya menerusi hantaran dalam Instagramnya.

Menerusi hantaran serupa, pelantun lagu Kesetiaan itu turut mengakui perjalanannya ke Kelantan untuk menguruskan pembukaan dua cawangan baharu Bubblebee di Kubang Kerian dan Kota Bahru telah berdepan dengan pelbagai dugaan.

“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan untuk pembukaan Bubblebee di Kubang Kerian dan Kota Bharu selama 12 jam perjalanan.

“Bukan datang untuk bercuti. Kami dah dapat kebenaran rentas negeri. Mulanya ada petugas terlibat dengan kemalangan. Kereta mereka terbabas naik atas bukit akibat jalan licin.

“Berderau darah saya apabila dapat berita terbabit. Alhamdulillah syukur sangat kerana hanya kereta yang rosak, mereka (kakitangan) tidak alami kecederaan serius,” ujar Sarah.

Selepas menguruskan kemalangan tersebut, Sarah serta beberapa individu lain termasuk suaminya telah singgah makan di sebuah restoren di tepi jalan sebelum mereka dikompaun kerana melanggar SOP.

“Dugaan memang banyak tetapi semuanya tidak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan kejadian itu (dikompaun) sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan,” jelasnya.

Kosmo! hari ini melaporkan dua selebriti tanah air iaitu Shuib dan Siti Sarah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 seorang selepas didapati melanggar SOP ketika menjamu selera di sebuah restoran.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor, pasangan itu dan dua yang lain dikenakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal semasa makan.

Kompaun berkenaan juga dikeluarkan bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI