fbpx

Empat remaja buat aksi wheelie, zig zag diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN remaja yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Taman Bersatu Bidor, Bidor kelmarin.-Foto Ihsan PDRM

TAPAH – Empat remaja lelaki yang menunggang motosikal dan melakukan aksi berbahaya ‘zig zag’ antara 15 orang yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Taman Bersatu Bidor di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kesemua mereka yang berusia antara 16 hingga 20 tahun itu ditahan dalam operasi pada pukul 6.30 petang.

Operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Tapah serta Bidor itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam.

“Sebelum serbuan dijalankan, kumpulan remaja itu didapati berkumpul di kawasan tersebut yang mana mereka sedang melakukan aksi berbahaya seperti wheelie, zig zag dan menunggang dalam keadaan laju sambil menundukkan badan.

“Aksi kumpulan itu yang bermula dari simpang Taman Permai sehingga Taman Bersatu itu bukan sahaja bahaya pada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan operasi kemudiannya mengepong kawasan tersebut dengan 15 buah motosikal bersama penunggang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Bidor untuk tindakan lanjut.

Katanya, seramai 11 penunggang telah disaman atas pelbagai kesalahan Trafik manakala empat penunggang berusia 16 hingga 19 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis memohon kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat mengenai kegiatan samseng jalanan untuk diambil tindakan.

“Kita sama sekali tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan samseng jalanan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI