fbpx

759 ditahan ingkar SOP, kesalahan rentas negeri dan daerah paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Seramai 759 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 715 dikompaun dan 44 individu direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (203), tiada penjarakan fizikal (167), tidak memakai pelitup muka (117), keluar rumah tanpa alasan munasabah (84), gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (57), membawa penumpang berlebihan (22), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (12). aktiviti pusat hiburan (8) dan lain-lain (89),” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI