PETALING JAYA- seramai 6,118 warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, dua didapati positif Covid-19.
“Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 368,185 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 16,758 majikan.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 7,198 telah disahkan positif Covid-19 manakala 360,987 lagi adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujian saringan diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari. – K! ONLINE