fbpx

Tunggang lawan arus motosikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari video tular di laman sosial sejak malam tadi yang memaparkan sebuah motosikal ditunggang melawan arus di BKE dekat Seberang Jaya.

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang lelaki yang melawan arus di Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE) arah Permatang Pauh ke Seberang Jaya di sini semalam dikatakan menunggang motosikal curi.

Kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu tular di laman sosial selepas tindakan tersebut telah dirakam oleh pengguna jalan raya lain sebelum dimuat naik ke laman sosial.

Video berdurasi kira-kira seminit itu memaparkan seorang lelaki menunggang secara bersendirian di lorong tengah lebuh raya yang dipercayai dirakam oleh pemandu dari arah jalan bersebelahan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada individu yang merakam video atau orang awam berhubung kejadian itu.

“Siasatan polis bagaimanapun mendapati motosikal itu ditemui ditinggalkan di Kilometer 8.4 arah barat di BKE.

“Semakan lanjut mendapati, motosikal itu dilaporkan hilang di Perai pada hari sama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee berkata, pihaknya sedang mengesan penunggang dan individu yang merakam video berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI