fbpx

Tiada tarian singa, dengar alunan gendang dalam audio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Giap menunjukkan gambar kenangan semasa sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu.

SEGAMAT – Tarian singa yang sudah sinonim dengan kehidupan masyarakat Cina terutamanya ketika kemuncak sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun turut terjejas pada tahun ini akibat pandemik Covid-19.

Penyelia Persatuan Tarian Singa MCA Segamat, Tan Eng Giap @Richard, 47, tidak lengkap sambutan tahun baru atau sesuatu majlis yang dianjurkan tanpa persembahan tarian singa itu.

Namun tahun ini dia dan pasukannya akur bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Tahun ini dia hanya mampu mendengar alunan gendang tarian singa itu melalui sistem audio dikediamannya bagi melepaskan rindu tanpa kehadirian persembahan secara fizikal.

“Ia bukan sekadar sebagai tanda hormat dan meraikan tetamu, malah ia adalah salah satu inisiatif memperkenalkan budaya Cina,”katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Segamat di sini.

Namun akibat penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat kini, aktiviti kunjung mengunjungi tidak dibenarkan sekaligus tarian singa juga tidak dapat beraksi.

Menurut Eng Giap, realitinya, tarian tradisional itu semakin kekurangan pelapis yang mahu menyambung warisan budaya ini.

“Anak muda kaum Cina kini lebih cenderung meminati permainan teknologi alam maya seperti E-Game telah menjadi antara punca kebanyakan dari mereka kurang berminat menguasai tarian singa.

“Generasi sekarang rasa tarian singa kurang penting dan saya berpendapat ia tidak mustahil kaum lain akan mendominasi seni persembahan ini dimasa hadapan, lagi sedih dengan wabak Covid-19 ini, kita tidak dapat mencari bakat baru,”ujarnya.

Katanya, sebagai langkah menambah keahlian, persatuan tarian singa ini turut menggalakkan kaum wanita serta kaum lain untuk menyertainya sebagai satu usaha pemuliharaan warisan kesenian dan kebudayaan masyarakat tiong hwa ini.

“Jika ada yang berminat untuk menyertai tarian singa, saya memang alu-alukan, tidak kira lelaki atau perempuan, semua kaum digalakkan menyertai persatuan ini,”katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI