fbpx

Suntik ‘filler’ rahang untuk cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATHIA dakwa rawatan filler rahang hanya untuk kecantikan dirinya.

PETALING JAYA – Pelakon Nur Fathia Latiff memberitahu rawatan suntikan filler pada rahang yang dilakukannya hanya untuk tujuan kecantikan dirinya.

Fathia atau nama sebenar­nya Nur Fathia Abdul Latiff, 33, berkata, rawatan yang dilakukan tidak bermaksud untuk me­ngubah ciptaan asal.

“Mengenai netizen yang mempersoal dan mempertikai tindakan saya (suntikan), itu terpulang kepada mereka untuk menilai. Saya tiada kuasa untuk tutup mulut mereka.

“Lagipun suntikan rahang itu hanya satu pilihan. Jadi, terpulang kepada anda untuk lakukan atau tidak,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah pelakon drama Aria­na Rose itu, dia juga tidak memaksa mana-mana individu untuk melakukan perkara sama.

Terdahulu, Fathia menjadi bualan dalam kalangan netizen apabila berkongsi sebuah video menerusi Instagram memaparkan dirinya sedang menjalani rawatan suntikan filler pada bahagian rahang mukanya.

Rata-rata pengikut dan netizen memberikan reaksi kurang senang bahkan mengecam perbuatan Fathia.

Tidak kurang juga, ramai yang memberikan nasihat dan peri­ngatan tentang dosa mengubah ciptaan Tuhan.

“Sebarang penambahbaikan pada rahang atau muka adalah haram mengikut Islam.

Melihat hijabis melakukan pe­nambahbaikan pada muka tidak menjadikannya halal,” tulis netizen.

Bahkan ada juga peminat yang membandingkan wajah Fathia dahulu dan sekarang yang dikatakan kelihatan berbeza.

Sehingga pukul 6 petang semalam, video yang dimuat naik itu meraih hampir 137,000 tontonan dan 150 komen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI