fbpx

Rahsia gudang terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa menyerbu sebuah kilang yang dijadikan sebagai pusat kitar semula plastik secara haram daripada lesen khas diberikan MPK sebagai pergudangan.

KLANG – Taktik sebuah kilang kitar semula plastik terpakai berselindung di sebalik operasi pergudangan terbongkar dalam serbuan di Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini semalam.

Dalam operasi pukul 6 petang semalam mendapati kilang itu cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan menyalahguna lesen diberikan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang dikhaskan untuk pergudangan sahaja.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, serbuan menerusi Operasi Tahun Baru Cina itu susulan pencemaran parit atau alur air di Kampung Baru Telok Gong sebelum ini.

Katanya, barangan plastik itu dipercayai diperolehi dari dalam negara ini.

“Hasil serbuan bersama MPK mendapati menjalankan aktiviti menghancur dan mengisar plastik terpakai, membasuh dan memprosesnya menjadi resin.

“Kesemua hasil produk akhir kemudiannya dijual di pasaran dalam dan luar negara,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Kata beliau, premis itu dioperasikan tiga warga China sejak penghujung 2019.

Ujarnya, hasil siasatan turut mendapati operasi haram kitar semula itu dilakukan sejak lapan bulan lalu.

“Notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK)di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah dikeluarkan bagi memastikan tindakan pembaikan diambil segera oleh pihak kilang.

“Kesemua mesin dan peralatan proses disita oleh JAS Selangor di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974,” katanya.

Jelas Nor Aziah, kes disiasat mengikut Seksyen 34A, Akta dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Kosmo! pada 29 Januari lalu melaporkan JAS Selangor mendedahkan sebanyak 11 buah kilang disyaki menjadi penyebab utama pencemaran parit atau alur air di Kampung Baru Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI