fbpx

PM penerima pertama suntikan vaksin -KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 apabila bekalannya sampai di Malaysia hujung bulan ini.

Perkara itu disahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Ya, saya sahkan PM adalah orang pertama disuntik vaksin Pfizer sebab nak beri keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin selamat diguna pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada 4 Februari lalu berkata, kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di negara ini mulai hujung bulan ini.

Sebanyak 26.5 juta individu atau 80 peratus populasi rakyat Malaysia disasar untuk menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam program tersebut. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI