fbpx

Mount bakal kapten Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT dilihat antara pemain muda yang berjaya mengekalkan konsistensi sepanjang aksi bersama Chelsea dan memiliki daya kepimpinan ketika di padang. – AFP

LONDON – Bekas kapten Chelsea, John Terry percaya pemain muda pasukan itu, Mason Mount bakal menggalas tugas sebagai ketua pasukan The Blues dan England pada masa hadapan.

Mount diberikan tanggungjawab memakai lilitan lengan ketika Chelsea menewaskan Luton Town pada aksi Piala FA bulan lalu sekali gus menjadi kapten paling muda pasukan itu selepas Terry melakukannya pada 2001.

Pemain berusia 22 tahun itu kini menjadi tonggak utama Chelsea dan sudah memiliki 13 kap untuk England selepas membuat debut pada 2019.

“Saya yakin 100 peratus bahawa Mount adalah kapten masa depan buat Chelsea. Secara jujur, saya merasakan dia adalah pemain terbaik Chelsea musim ini.

“Dia adalah seorang pemain yang baik, mengikuti sesi latihan dengan bersungguh-sungguh serta mempamerkan daya kepimpinan ketika berada di padang.

“Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa dia juga mampu untuk menggalas jawatan sebagai kapten England nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Mount mengakui bahawa satu penghormatan untuk dirinya ketika dipilih menjadi kapten Chelsea ketika menentang Luton sebelum ini.

“Ia adalah momen yang membanggakan saya dan keluarga. Menjadi kapten pada aksi di luar Stamford Bridge adalah pe­rasaan yang sangat menakjubkan. Ia adalah impian saya sejak kecil untuk beraksi bersama pasukan ini tetapi beraksi dengan lilitan lengan adalah suatu yang istimewa,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI