fbpx

Kecederaan Neymar mula bangkit resah Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR (kiri) berdepan masalah kecederaan otot paha ketika PSG menewaskan Caen pada aksi Piala Perancis awal pagi semalam. – AFP

CAEN – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino bimbang dengan kecederaan yang dialami bintang utama pasukan itu, Neymar ketika menang 1-0 ke atas Caen pada aksi Piala Perancis di Stadium Michel d’Ornano awal pagi semalam.

Kebimbangan pengendali da­ri Argentina itu wajar memandangkan mereka akan berkunjung ke Camp Nou bertemu Barcelona 17 Februari ini bagi aksi pusingan 16 pasukan terbaik bagi kempen Liga Juara-Juara.

Kata Pochettino, beliau belum pasti tahap kecederaan pemain antarabangsa Brazil itu dan mereka hanya menunggu laporan daripada pasukan perubatan.

“Neymar mengalami kecede­raan pada otot paha kiri­nya dan kami hanya menunggu keputusan daripada pasukan perubatan selepas dia menjalani ujian lanjut.

“Secara jujurnya, kami tidak tahu sama ada ia kecederaan serius ataupun tidak. Mungkin esok (hari ini) kita akan tahu keputusan ujian imbasan berkenaan. Saya harap tiada yang serius,” katanya yang mula membimbing PSG bulan lalu.

Sementara itu, penjaring gol kemenangan, Moise Kean menegaskan, kecederaan yang dialami Neymar tidak serius dan dia dijangka boleh diturunkan ketika berdepan Barcelona.

“Tidak ada sebarang masa­lah, dia berada dalam keadaan bersedia. Mungkin dia akan pulih pada latihan esok (hari ini) dan bermain pada perlawanan itu (menentang Barcelona).

“Kami memerlukan khidmat Neymar pada aksi menentang Barcelona itu nanti. Dia mempunyai pengalaman beraksi di Camp Nou dan perlu berada dalam kesebelasan utama PSG nanti untuk menambahkan se­ngat pada jentera serangan kami nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI