fbpx

Guna lori pasir seludup 1.36 tan minyak masak paket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian minyak masak yang dirampas anggota KPDNHEP Kelantan semasa melakukan serbuan di sebuah premis di Pengkalan Kubor semalam.

TUMPAT – Tindakan seorang lelaki yang mengambil upah untuk menyeludup keluar 1.36 tan minyak masak paket bersubsidi menggunakan lori pasir gagal selepas dia dicekup anggota pengkuatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KDPNHEP) Kelantan semalam.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan oleh KPDNHEP Kelantan dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 dalam serbuan di sebuah premis di Pengkalan Kubor di sini pada pukul 3 petang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, rampasan itu turut mendedahkan modus operandi terbaharu yang digunakan penyeludup dengan menggunakan lori bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek menerima upah sebanyak RM100 untuk setiap penghantaran bagi mengangkut dan memunggah barangan bersubsidi itu dari pembekal atau pemborong tempatan seterusnya membawa ke pangkalan haram.

“Bekalan minyak masak itu diambil dari pemborong di Pasir Mas. Kebiasaannya penghantaran barangan bersubsidi itu mengikut lokasi yang telah ditetapkan oleh seorang individu menerusi panggilan telefon.

“Kejayaan ini adalah hasil maklumat awam dan risikan selama seminggu yang dilakukan oleh pihak KPDNHEP sebelum melakukan serbuan di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azanizam Affendi memberitahu, semasa serbuan dijalankan suspek cuba meloloskan diri, namin berjaya ditangkap semula oleh anggota penguatkuasa.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap lori itu membawa kepada penemuan sejumlah besar kotak bewarna coklat yang mengandungi minyak masak paket bersubsidi berjumlah 1.36 tan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen atau lesen yang di keluarkan oleh Pengawal Bekalan.

“Kita juga sedang giat mengesan dalang sebenar disebalik kegiatan haram itu,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI