fbpx

Dua jam mengajar syok sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG profesor di Singapura khusyuk mengajar di aplikasi Zoom tanpa menyedari mikrofonnya tidak berfungsi. – TikTok/queen_yx

SINGAPURA – Seorang pensyarah Matematik di Singapura terlalu khusyuk mengajar menerusi aplikasi siaran langsung Zoom sehingga tidak sedar mikrofon komputernya berada dalam mod ‘bisu’ sepanjang dua jam sesi pembelajaran berlangsung.

Layar skrin Profesor Dong Wang berhenti memberi respons beberapa minit selepas kelas bermula, namun dia tidak menyedari situasi tersebut dan terus mengajar seperti biasa.

Menurut akhbar Daily Mail kelmarin, pelajar-pelajarnya te­lah mencuba pelbagai cara untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Wang terma­suk menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak berjaya.

Wang hanya menyedari si­tuasi memalukan itu apabila dia bertanya kepada pelajar adakah mereka mempunyai sebarang soalan berkenaan topik yang diajar apabila sesi pembelajaran hampir tamat.

“Tuan, kami tidak mendengar apa yang tuan ajar selama dua jam lepas kerana mikrofon komputer diletak dalam mod ‘bisu’,” kata salah seorang pelajarnya.

Riak terkejut dan kecewa jelas terpancar di wajah lelaki itu apabila mendengar penjelasan tersebut, namun dia tidak melenting, malah memohon maaf kepada pelajarnya.

“Nampaknya, saya perlu ganti kelas hari ini. Lain kali, saya akan lebih berhati-hati dan pastikan telefon bimbit saya boleh dihubungi ketika kelas online berlangsung,” ujarnya.

Menurut laporan The Tele­graph, Wang tidak marah kera­na menghargai 20 pelajarnya kekal mengikuti sesi bisu itu selama dua jam walaupun mereka boleh memilih untuk keluar kelas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI