fbpx

AS miliki bekalan 600 juta dos vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN berucap semasa melawat Institut Kesihatan Nasional di Maryland semalam. - AFP

WASHINGTON – Presiden Joe Biden berkata hari ini bahawa Amerika Syarikat (AS)  menempah 200 juta lagi vaksin Covid-19 ketika pihak berkuasa kesihatan menetapkan matlamat pelalian koronavirus  untuk sebahagian besar rakyat AS menjelang Julai ini.

Tempahan vaksin Pfizer/BioNTech dan  Moderna itu akan menjadikan bekalan keseluruhan vaksin Covid-19 meningkat 50 peratus kepada 600 juta dos.

“Tengah hari ini, kita menandatangani kontrak untuk 100 juta lagi vaksin Moderna dan 100 juta vaksin Pfizer.

“Kita berada di landasan untuk memiliki bekalan mencukupi bagi memberi pelalian koronavirus kepada 300 juta rakyat AS menjelang akhir Julai ini,” kata Biden selepas melawat Institut Kesihatan Nasional dekat Washington.

Kempen imunisasi AS bermula lembab pada Disember tahun lalu tetapi kini semakin pulih.

Sejumlah 46.4 juta suntikan vaksin telah diberikan dan sekurang-kurangnya 34.7 juta orang telah menerima satu atau dua dos vaksin Covid-19 atau bersamaan 10 peratus rakyat negara kuasa besar itu.

Wabak Covid-19 juga  beransur reda di AS sejak memuncak pada 8 Januari lalu selepas musim cuti Krismas dan Tahun Baru.

As kini mencatat purata lebih sedikit daripada 100,000 kes harian menurun berbanding lebih 300,000 kes harian sebelum ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI