fbpx

62,000 pekerja industri majlis perkahwinan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) merayu kepada kerajaan supaya membenarkan majlis perkahwinan diadakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Presidennya, Zarinah Mohideen berkata, rayuan itu bagi menjamin kelangsungan hidup lebih 4,200 pengusaha dan 62,000 pekerja industri majlis perkahwinan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Industri majlis perkahwinan sedang dalam keadaan yang sangat kritikal, tenat dan boleh dikatakan nazak akibat larangan beroperasi semasa pelaksanaan PKP.

“Terdapat kira-kira 35 sektor dalam industri perkahwinan. Secara kasar, anggaran jualan (pendapatan) setiap pengusaha RM2.5 juta setahun. Purata jumlah majlis perkahwinan 206,000 setahun.

“Data ini membuktikan 62,000 pekerja terkesan teruk sejak larangan mengadakan majlis sosial dengan nilai kerugian tahunan dianggarkan RM10.3 bilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zarinah berkata, masalah lain dialami pengusaha majlis perkahwinan termasuk tuntutan bayaran bayaran balik, pampasan dan saman oleh pelanggan.

Menurut beliau, permintaan pemulangan bayaran dan deposit yang meningkat 200 peratus tidak mampu ditampung pengusaha majlis perkahwinan.

Tambah beliau, pengusaha turut menanggung kos operasi dan lain- lain kos yang tinggi seperti sewa premis, bil-bil berkaitan dan sebagainya.

“Pembayaran sewa premis masih perlu dibuat. Pengusaha masih perlu memberi bayaran gaji kepada pekerja kerana mereka juga melalui detik yang perit,” katanya.

Kata beliau, PPMPM dimaklumkan beberapa pengusaha malah ada menyatakan hasrat untuk membunuh diri kerana mengalami tekanan emosi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI