fbpx

Ruang makan di R&R dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLUS Malaysia Berhad memaklumkan pembukaan tersebut selari dengan pengumuman kerajaan dan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menikmati makanan dan minuman di kawasan-kawasan tersebut dinasihatkan agar terus patuh kepada SOP.

SHAH ALAM – Semua ruang makan di medan selera kawasan rehat dan rawat (R&R) termasuk di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dibuka semula mulai semalam.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembukaan tersebut selari dengan pengumuman kerajaan dan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menikmati makanan dan minuman di kawasan-kawasan tersebut dinasihatkan agar terus patuh kepada prosedur standard operasi (SOP).

Katanya, ini termasuk hanya dua orang dibenarkan berada pada satu meja makan dengan memastikan penjarakan fizikal satu meter.

“Pelanggan juga dinasihati untuk memakai pelitup muka, mendaftar melalui Aplikasi MySejahtera, menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan fizikal satu-meter apabila beratur untuk pembelian makanan atau ketika menggunakan kemudahan di R&R dalam tempoh ini.

“Semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24-jam akan dibuka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Manakala, restoran, gerai serta trak bergerak makanan dan minuman termasuk kedai serbaneka beroperasi mulai pukul 6 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Jelas PLUS lagi, tempahan juga boleh dilakukan para pelanggan menerusi fungsi Pra-Pesanan menerusi Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma melalui google Play Store untuk peranti android atau App Store untuk pengguna iPhone.

“Pelanggan dapat menikmati pelbagai juadah makanan yang lazat daripada gerai-gerai di 21 R&R terpilih sama ada untuk menikmati makanan di R&R atau membawa pulang makanan dengan lebih mudah dan senang.

“Variasi pilihan makanan yang ditawarkan boleh dilihat menerusi aplikasi PLUS atau klik pautan https://orderdisini.plus.com.my/,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI