PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan operasi kolam pancing, ‘house boat’, pelantar pancing atau kelong, rumah rakit dan bot vesel memancing bermula esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut bagi membantu pengusaha terlibat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Kebenaran ini diberikan dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam,” katanya pada sidang akhbar hari ini. -K! ONLINE