fbpx

Tiga lelaki diberkas cuba seludup minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPM menahan tiga lelaki Thailand yang disyaki cuba menyeludup bekalan minyak masak bersubsidi ke negara mereka pada petang ini.

KUALA PERLIS – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan tiga lelaki Thailand untuk menyeludup 300 peket minyak masak bersubsidi ke Thailand menerusi perairan ini pada petang ini.

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bertindak atas maklumat, Unit Risikan Marin Kuala Kedah, bot ronda PSC18 memeriksa sebuah bot barter trade di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini pada pukul 1 tengah hari.

Hasil pemeriksaan menemui sebanyak 300 kilogram (kg) minyak masak bertulis untuk kegunaan tempatan sahaja.

“Kita bertindak menahan tiga lelaki warga asing terdiri daripada tekong berusia 43 tahun serta dua awak-awak berusia 28 dan 39 tahun di dalam bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, bot itu kemudian dibawa ke pangkalan Kastam Kuala Perlis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI