fbpx

Petugas Barisan hadapan Pahang terima vaksin Covid-19 hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian petugas kesihatan memohon doa sebelum melaksanakan aktiviti kesihatan di lapangan. - Gambar hiasan.

Oleh NIK SUKRY RAMLI

KUANTAN -Petugas barisan hadapan di Pahang dijadualkan menerima suntikan vaksin Covid-19 hujung bulan ini.

Keputusan untuk memberi keutamaan kepada kira-kira 28,000 petugas barisan hadapan itu dibuat kerajaan negeri selepas dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, fasa pertama program suntikan vaksin Covid-19 itu membabitkan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Task Force Covid  Negeri.

“Fasa kedua pula membabitkan lebih 360,000 orang dalam kalangan mereka berisiko tinggi antaranya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta golongan berpenyakit kronik atau ‘comorbid’, bermula April ini.

“Bagi Fasa ketiga pula yang membabitkan kira-kira 700,000 individu berusia 18 tahun dan ke atas pula, suntikan vaksin bermula Mei hingga Februari 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, seluruh rakyat Pahang berjumlah kira-kira 1.12 juta atau sasaran 70 peratus daripada keseluruhan 1.67 juta penduduk bakal menerima suntikan vaksin sebagai usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

“Sebanyak 69 pusat suntikan sedang dikaji kesesuaiannya di seluruh negeri, antara lain membabitkan hospital, klinik kesihatan, dewan dan bangunan agensi tertentu. Jumlah pemberi suntikan atau vaksinator ialah 578 orang.

“Sukacita saya sarankan kepada semua pihak supaya memberi kerjasama penuh dengan mendapatkan vaksinasi Covid-19 mengikut tatacara ditetapkan untuk memastikan program vaksinasi di negeri ini dapat berjalan lancar dan berkesan, Insya-Allah,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI