fbpx

Membina rangkaian perniagaan menjimatkan kos bersama AEON

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan kini berpeluang bekerjasama dengan AEON Retail Malaysia (AEON) untuk membangun dan memasarkan produk mereka dalam segmen makanan.

Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin berkata, menerusi konsep Cloud Kit­chen, pihaknya menyediakan ruang dapur, tenaga kerja dan kepakaran buat peniaga manakala produk yang dihasilkan nanti boleh dijual di aplikasi AEON MAKAN.

Selain membantu menjimatkan kos perniagaan, kemudahan itu boleh membantu peniaga mengekalkan aliran tunai dalam suasana ekonomi yang mencabar kini.

“Salah satu daripada perkara utama yang kami pelajari daripada pandemik Covid-19 adalah kita tidak boleh melaksanakan semua perkara bersendirian dan perlu melakukan lebih banyak kerjasama dengan pihak lain.

“Saya menjemput semua yang mempunya idea, resipi atau sesuatu yang baharu untuk berhubung dengan kami, agar dapat bersama-sama mencari jalan untuk membantu menggunakan kemudahan Cloud Kitchen ini.

“Mereka tidak perlu membuka kedai sendiri tetapi boleh menggunakan tenaga kami untuk memasak dan prosesnya akan dijaga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pelancaran kempen Cabaran Sambado yang diadakan secara maya semalam.

Membawa maksud Sambal Ayam Sado, Cabaran Sambado melibatkan penawaran Nasi Ayam Sambado yang dibangunkan bersama selebriti tempatan, Aliff Satar dengan menggunakan kemudahan Cloud Kitchen.

Menu tersebut dijual di lebih 65 cawangan AEON seluruh negara, aplikasi khidmat penghantaran AEON MAKAN dan laman sesawang makan.myaeon.com.my pada harga RM8.90.

AEON menyasarkan jualan sebanyak 20,000 pek sehari dan bagi setiap 10 pek Nasi Ayam Sambado terjual, satu pek akan didermakan kepada komuniti B40 di sekitar premis AEON dengan bantuan pemimpin masyarakat setempat.

AEON kini membantu lebih daripada 250 usahawan tempatan dengan menempatkan produk-produk mereka di gedung beli-belah syarikat itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI