fbpx

MAIWP peruntuk RM2 juta kepada mualaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan) beramah mesra bersama sebahagian penerima bantuan sumbangan pada majlis sumbangan Tahun Baru Cina kepada mualaf anjuran MAIWP di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sumbangan berjumlah RM2 juta melalui program Tabung Musa’adah Covid-19 kepada golongan mualaf di Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, seramai 4,000 mualaf di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500 daripada MAIWP dan RM100 barangan keperluan asas.

Katanya, bantuan kewangan itu akan diberikan secara ‘one-off’ manakala barangan keperluan disumbangkan JAWI Foodbank dan agensi bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Kita memahami situasi pada masa ini cukup mencabar dan pihak kami  bersetuju membantu golongan mualaf dan bantuan akan diberikan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Pada program itu, seramai 12 mualaf terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal, pesara dan kakitangan kerajaan menerima sumbangan wang tunai RM500 dan barangan keperluan bernilai RM100. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI