fbpx

Kulit ‘terbakar’ pakai Apple iWatch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Smith menunjukkan jam tangan pintar yang menyebabkan iritasi pada pergelangan tangannya. – THE SUN

LONDON – Seorang lelaki me­ng­a­­lami alergi teruk di pergelangan tangan disebabkan tali jam Apple iWatch miliknya, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Mat Smith, 29, membeli jam tangan pintar berharga £379 (RM2,117) daripada rakannya se­­bagai hadiah Krismas tetapi kulitnya mula mengalami kegatalan beberapa hari selepas memakainya.

Menurut Smith, tali jam ta­ngan yang diperbuat daripada silikon itu membuatkan pergela­ngan tangannya terasa seperti dibakar dan dikhuatiri meninggalkan parut kekal di kulit.

Dia cuba membasuh tali Apple iWatch Series 6 dengan harapan dapat membersihkan kekotoran yang ada, namun ti­dak mendatangkan sebarang peruba­han.

Kesan iritasi pada pergelangan tangan Smith. – THE SUN

“Saya mengesan berlakunya iritasi di bahagian tali jam tangan itu jadi saya membasuhnya supaya kotoran itu hilang.

“Namun begitu, keadaan kulit saya tetap berasa pedih setiap kali memakai jam itu,” katanya.

Selepas membuat aduan kepada syarikat pengeluar jam ia­itu Apple, Smith dimaklumkan menerusi bahagian sokongan laman web itu bahawa sesetengah individu akan mengalami iritasi apabila memakai jam tersebut ekoran penggunaan material tertentu.– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI