fbpx

Hasil peranti elektronik mampu milik untuk PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSOL (kanan) sedang memantau harg komputer riba di sebuah kedai komputer di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan sedang berusaha untuk mengeluarkan peranti elektronik mampu milik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kepada pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya telah menjalin kerjasama pemain industri untuk menghasilkan peranti elektronik tersebut.

“Peranti elektronik tersebut akan dibina hanya mengikut spesifikasi yang ditentukan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Ia khusus untuk tujuan PdPR. Harganya lebih mampu milik selain mengatasi masalah anak-anak leka dengan media sosial dan lain-lain sewaktu belajar,” katanya ketika memantau harga di sebuah kedai komputer di sini hari ini.

Rosol berkata, butiran terperinci tentang spesifikasi dan harga bagi peranti elektronik tersebut dijangka dimuktamadkan pada masa terdekat.

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan antara kementerian terlibat dan pemain industri utama berhubung penghasilan
peranti elektronik mampu milik itu telah dilakukan.

Dalam perkembangan sama, Rosol berkata, pemeriksaan setakat ini mendapati tiada unsur pencatutan walaupun berlaku kenaikan harga pada komputer dan tablet di pasaran sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kenaikan itu disebabkan kekurangan pengeluaran di peringkat kilang selain stok lama sudah kehabisan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI