fbpx

Debut layar perak Park Jeonghwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK JEONGHWA

SELEPAS 10 tahun bergelar penyanyi, anggota kumpulan Exid, Park Jeonghwa tidak menyangka akhirnya dia dapat mengembangkan sayap karier sebagai aktres filem.

Jeonghwa memulakan debut lakonan layar perak menerusi filem The Dragon Inn Part 1: The City of Sadness arahan sutradara Choi Sang-hoon.

“Saya terpilih membintangi filem ini selepas menjalani uji bakat. Apa yang menariknya, saya dapati watak ini sangat dekat dengan diri saya.

“Selepas mengubah haluan ke bidang lakonan, saya tidak menyangka akan bertemu peminat menerusi filem terlebih dahulu. Biarpun berdepan kekangan sepanjang penggambaran, saya jalaninya dengan cara terbaik. Jika tidak, saya akan menyesal,” katanya.

Pada masa sama, Jeonghwa turut memberi bayangan bahawa tidak mustahil untuk kumpulan Exid kembali bersatu selepas sekian lama berehat.

“Keinginan terbesar dan sasaran saya ialah bergelar artis. Sebab itu saya fokus terhadap dunia lakonan, tetapi bergelar penyanyi juga sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya masih menikmati dunia nyanyian. Saya mahu melalui cabaran sebagai penyanyi sekali lagi,” ujarnya yang memasang impian berlakon sejak berusia sembilan tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI