fbpx

Cirstea ‘hantar’ Kvitova pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KVITOVA terpaksa akur apabila tersingkir daripada saingan Terbuka Australia kali ini. - AFP

MELBOURNE – Bintang tenis Romania, Sorana Cirstea me­lakukan kejutan selepas mengatasi pemain ranking No.8 dunia, Petra Kvitova di Arena Margaret Court untuk melangkah ke ­pusingan ketiga Terbuka ­Australia semalam.

Pemain berusia 30 tahun tersebut yang melangkah ke pe­ringkat suku akhir kejohanan Trofi Grampians minggu lalu tampil dengan permainan luar biasa ketika berdepan Kvitova meskipun dipaksa bermandi peluh untuk meraih kemenangan.

Cirstea memerlukan tiga set perlawanan sebelum mengatasi finalis Terbuka Australia 2019 tersebut dengan keputusan 6-4, 1-6, 6-1, namun mengakui kini lebih bersemangat dan yakin untuk meneruskan misinya bagi memburu gelaran Grand Slam pertama.

“Saya mempunyai banyak pengalaman menentang Kvitova dan akui dia merupakan pemain yang luar biasa. Kvitova bermain dengan agresif dan pukulan dia sangat laju, saya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainannya.

“Selepas beberapa set, saya berasa cukup yakin untuk ­mengalahkannya. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Walaupun tewas pada set kedua saya tidak benarkan kesilapan berulang pada set ketiga.

“Secara keseluruhan saya sangat bangga dan kini lebih yakin untuk meneruskan babak perlawanan seterusnya. Kini saya perlu lebih berehat dan bersiap sedia,” katanya.

Hasil kemenangan tersebut, pemain ranking 68 dunia itu akan berdepan wakil dari Republik Czech, Marketa Vondrousova selepas menewaskan Rebecca Marino dengan keputusan 6-1, 7-5. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI