fbpx

Biden sedia jalin kerjasama dengan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jinping ( kiri) terima ucapan Selamat Tahun Baru Cina daripada Biden (kanan). - South China Morning Post

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bertukar ucapan Selamat Tahun Baru Cina dalam satu perbualan telefon dengan Presiden China, Xi Jinping, hari ini.

Dalam perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu, Biden menyampaikan ucapan tahun baharu yang diharap membawa tuah kepada republik itu.

“Saya berbual dengan Presiden Jinping  hari ini untuk menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat di sana.

“Saya juga memberitahu beliau bahawa AS akan bekerjasama dengan China jika ia membawa kebaikan dan manfaat untuk negara ini,” tulis Biden di laman Twitter.

Ketika zaman pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, hubungan AS dan China bertukar tegang apabila Trump mengarahkan beberapa sekatan ke atas produk serta aplikasi dari republik itu yang didakwa menjadi modus operandi ketenteraan moden. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI