fbpx

Bayaran RM500 petugas KKM 1 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mula menuntut pemberian one-off sebanyak RM500 bermula bulan ini sebelum pembayarannya dibuat pada 1 Mac depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pemberian bayaran tambahan kepada Elaun Khas Covid-19 diharap dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan KKM dalam meneruskan perjuangan memerangi wabak Covid-19.

“Kerajaan melalui Belanjawan 2021 telah mengumumkan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai pengorbanan dan komitmen anggota barisan hadapan KKM dalam menangani dan membendung penularan wabak Covid-19.

“Pemberian ini merupakan tambahan kepada Elaun Khas Covid-19 sedia ada yang dibayar kepada petugas kesihatan yang diarah untuk melaksanakan skop tugas dalam rantaian pengurusan wabak Covid-19 di KKM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adham berkata, individu yang layak menerima bayaran tersebut termasuk anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung melaksanakan skop tugas dalam rantaian pengurusan wabak Covid-19 menurut Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 2 Tahun 2020 bertarikh 16 Mac 2020 dan Surat Edaran Ketua Setiausaha KKM pada 21 April 2020.

“Sehubungan itu, Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM akan dikeluarkan bagi menjelaskan pelaksanaan pemberian tersebut,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan bahawa seramai 100,000 petugas barisan hadapan KKM bakal menerima bayaran one-off berjumlah RM500 itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI