fbpx

Arin prihatin komen negatif netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIN

SELALUNYA golongan artis kurang memberi perhatian terhadap komen jelek yang ditinggalkan netizen dalam media sosial kerana perkara sebegitu akan meruntuhkan motivasi seseorang.

Lain halnya dengan penyanyi kumpulan Oh My Girl yang mengakui kerap membaca komen jahat netizen.

“Sesetengah daripadanya kata mereka tidak suka semua perkara yang saya buat.

“Sudah tentu komen jahat seperti itu menjadikan saya prihatin dan banyak berfikir mengenai,” katanya.

Penyanyi berusia 21 tahun itu juga menyifatkan komen jahat yang ditinggalkan netizen sebagai minat yang ditunjukkan golongan pembenci terhadap dirinya.

“Ini satu-satunya cara bagi golongan sebegitu untuk bercakap perihal saya.

“Tetapi banyak juga komen positif lain yang saya terima.

“Antaranya mereka kata akan sentiasa bersama saya tidak kira dalam apa jua perkara dan keadaan yang berlaku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI