PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang berketurunan Cina.
Ucapan pasangan diraja itu disiarkan dalam satu hantaran menerusi laman Instagram Istana_Negara pada petang ini.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mengucapkan semoga Tahun Baru Cina kali ini memberi kebaikan, kesejahteraan, kesihatan yang baik, kegembiraan dan muhibah antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia.
Pasangan diraja itu turut mengingatkan semua supaya sentiasa berjaga-jaga, mengamalkan penjarakan fizikal dan kekal selamat semasa menyambut perayaan dalam norma baharu pada tahun ini.-K! ONLINE