fbpx

Acara makan besar hanya berdua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAVANAN (berdiri dari kanan) meninjau pematuhan SOP Tahun Baru Cina di kawasan perkampungan di Jelurong di sini malam tadi. Foto: Muhammad Firdaus Amran

GEORGE TOWN – Acara makan besar keluarga sempena Tahun Baru Cina hari ini disambut secara sederhana apabila ramai dalam kalangan mereka hanya menikmati upacara itu dengan pasangan terutama warga emas.

Ini berikutan rata-rata daripada ahli keluarga mereka terutama anak serta saudara-mara yang berada dari negeri lain tidak dapat pulang susulan larangan rentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tinjauan Kosmo! di sekitar perumahan di Bayan Baru dan Batu Lanchang di sini hari ini mendapati acara tahunan itu tetap diadakan walaupun dalam kuantiti kecil iaitu hanya melibatkan pasangan suami isteri.

Seorang penduduk yang mahu dikenali Sue Ann, 64, berkata, sambutan perayaan kali ini agak hambar dan tidak seperti tahun sebelum ini disebabkan lima anaknya tinggal di luar Pulau Pinang termasuk di Singapura.

Menurutnya, acara acara makan besar kali ini disambut hanya berdua bersama suaminya di rumah mereka.

“Dalam sejarah hidup saya menyambut tanpa anak dan adik-beradik yang masing-masing berada di luar Pulau Pinang. Suasana raya tak seperti dulu.

“Untuk malam ini, saya hanya menyediakan makan malam dalam kuantiti yang sikit dan mengagihkan kepada jiran-jiran terdekat. Masing-masing daripada kami akur dengan prosidur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan memberitahu, Ops Pemantauan SOP telah dijalankan melibatkan kira-kira 30 buah rumah di daerah tersebut hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemuanya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi acara berkenaan.

“Sebanyak 17 pasukan yang dianggotai 10 pegawai dan 74 anggota terlibat dalam ops yang akan diadakan sehingga 14 Februari ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan pemantuhan SOP Tahun Baru Cina di perumahan Taman Hijau, Jelutong di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI