fbpx

3,384 kes baharu, 3,774 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,384 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 254,988 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 15 kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,369 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 51,783 kes.

“Sebanyak 13 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 936 kes.

“Terdapat 3,774 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 202,269 kes,” katanya pada maklumat dimuat naik pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 259 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 122 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI