fbpx

18 kes scammer menyamar pegawai LHDN dikesan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 18 kes sindiket penyamaran sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melibatkan kerugian kira-kira RM636,311 dikesan dalam tempoh 1 Januari sehingga 9 Februari lalu.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, sindiket dikesan menggunakan taktik menakut-nakutkan mangsa menyebabkan mangsa panik dan akhirnya memaksa mangsa mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran peribadi dan perbankan.

“Pihak LHDN turut mendapati ada mangsa secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket,” katanya di sini hari ini.

LHDN berkata, sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan kegiatan sindiket penipuan yang menyamar untuk memperdayakan mangsa.

“Orang ramai hendaklah lebih peka dan sentiasa menasihatkan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling berkenaan perkara ini agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa,” katanya.

LHDN berkata, orang ramai boleh melakukan pengesahan dengan pihaknya terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan.

“Sekiranya berlaku, mereka boleh hubungi talian Hasil Care Line atau talian pegawai lyang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDN berhampiran,”katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI