PENYANYI Ayu Ting Ting enggan membuka mulut berhubung pembatalan majlis pernikahannya dengan Adit Jayusman.
Ketika ditemui media di kediamannya di Jawa Barat, Indonesia, Ayu kelihatan tenang dan hanya meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik atas apa yang berlaku.
“Mungkin belum sampai jodoh saya. Nak buat macam mana lagi. Kita mungkin dah merancang yang terbaik, namun semuanya berbalik pada ketentuan Tuhan,” ujar Ayu.
Saat ditanya tentang penyebab kepada pembatalan majlis pernikahannya, Ayu berkata biarlah perkara tersebut menjadi urusannya sahaja.
Terdahulu, Ayu dan Adit mengejutkan ramai peminatnya selepas membatalkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya dilangsungkan dalam masa terdekat.