fbpx

Shuk hantar ‘rombongan meminang’ pujuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK membuat kejutan dengan memakai pakaian pengantin untuk memujuk isterinya.

PETALING JAYA – Buang yang keruh ambil yang jernih.

Itulah peribahasa mengenai masalah rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang berantakan didakwa akibat keha­diran orang ketiga sebelum ini kini kembali pulih.

Lebih dramatik, kesungguhan Shuk untuk menawan semula hati isterinya dilakukan dalam suasana penuh kejutan apabila muncul lengkap berpakaian pe­ngantin seperti membawa rombongan ‘meminang’ semula iste­rinya itu.

Kejutan itu dilakukan semasa Rossalenna atau Sera sedang memperkenalkan produk kecantikan secara langsung di Instagram.

“Isteri terkejut melihat saya muncul dengan pakaian pengantin.

“Dia tidak tahu perancangan ini, saya sendiri pun berasa gementar seperti hari pertama kami bernikah. Alhamdulillah, hubungan saya dengan isteri sudah okey dan kami kembali hidup sebumbung,” katanya kepada Kosmo!.

Penyampai Hot FM itu bagaimanapun tidak mahu bercerita lanjut cara dia memujuk sehingga mampu menambat semula hati isterinya.

Jelas Shuk, rakannya dikenali sebagai Joe bertindak sebagai ‘pembuka jalan’ untuk dia tampil meminta maaf dan bersemuka dengan isteri.

Ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan ia sebagai gimik bagi mempromosikan produk, Shuk enggan melayan tanggapan itu.

“Kalau fikir gimik, saya tidak sanggup buat perkara yang menjejaskan keharmonian rumah tangga hingga digantung kerja,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI