fbpx

67,000 tuntutan Mysalam pesakit Covid-19 diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PUTRAJAYA – Kerajaan sudah meluluskan 67,000 tuntutan berkaitan Covid-19 menerusi Inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) MySalam, setakat Januari lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia membabitkan jumlah keseluruhan tuntutan yang dibayar sebanyak RM35 juta.

Beliau berkata, seperti diumumkan dalam Pakej PRIHATIN, pesakit Covid-19 akan dibayar sebanyak RM50 sehari bagi tempoh maksima 14 hari.

“Inisiatif itu kini dipanjangkan kepada mereka yang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19, atau diarahkan untuk berkuarantin sama ada di pusat kuarantin KKM atau di rumah,” katanya ketika membentangkan Laporan Laksana Ke-40, menerusi laman Facebook hari ini.

Katanya, kerajaan mendapati bahawa skim MySalam itu telah mendapat respons yang memberangsangkan, kerana ia adalah suatu bentuk jaringan sosial bagi kira-kira 8 juta dalam kalangan berpendapatan rendah dan orang kelainan upaya (OKU).

Tengku Zafrul berkata, skim itu merangkumi rawatan kesihatan bagi 45 penyakit kritikal.

“Inisiatif PRIHATIN MySalam ini membuktikan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya di dalam menangani jangkitan Covid-19 di masa kini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI