fbpx

Rentak Atletico disekat Celta Vigo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ meledak dua gol bertemu Celta menjadikannya pemain paling pantas meledak lebih 15 gol semusim memadamkan rekod Ronaldo. – AFP

MADRID – Hasrat jaguh Sepanyol, Atletico Madrid mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut dalam saingan La Liga tidak kesampaian apabila terikat 2-2 dengan Celta Vigo di Stadium Wanda Metropolitano awal pagi semalam.

Begitupun, ketua jurulatih Atletico, Diego Simeone tetap gembira dengan persembahan ditampilkan anak-anak buahnya terutama Luis Suarez yang berjaya meledak dua gol dalam perlawanan tersebut.

“Kami sudah bermain ­dengan baik tetapi malangnya percubaan menarik Celta pada hujung perlawanan berjaya menghasilkan gol penyamaan. Saya anggap keputusan seri ini adil buat kedua-dua pasukan,” katanya.

Dalam aksi itu, Celta terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Santi Mina pada minit ke-13 sebelum Suarez memastikan Atletico kembali mendahui dengan dua gol dalam tempoh lima minit bermula minit ke-45 dan 50.

Kecemerlangan itu menyaksikan Suarez muncul pemain paling pantas dalam sejarah La Liga abad ke-21 yang menjaringkan lebih 15 gol semusim apabila kini mengumpul 16 gol selepas bermain 17 perlawanan bersama Atletico.

Ia sekali gus memadam rekod lama dipegang Cristiano Ronaldo yang meledak 15 gol dalam 17 perlawanan ketika mewakili Real Madrid pada 2009.

Bagaimanapun, ia masih gagal membantu Atletico merakam tiga mata apabila penyerang Celta, Facundo Ferreyra berjaya meledak gol penyamaan ketika perlawanan berbaki satu minit lagi sebelum tamat.

Meskipun seri, namun Atletico masih kekal sebagai pendahulu La Liga dengan lapan mata mengatasi Real di tangga kedua selain memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan ke atas musuh setempat itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI