fbpx

Pogba terlepas aksi bersama United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA mengalami kecederaan otot paha menyebabkan dia mungkin terpaksa berehat untuk tempoh beberapa minggu. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan Paul Pogba terpaksa dipinggirkan selama beberapa minggu di­sebabkan kecederaan otot paha.

Pogba, 28, mengalami masalah tersebut ketika ­United seri 3-3 menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) di Old Trafford pada Ahad lalu.

Solskjaer, 48, terpaksa mengeluarkan Pogba dan menggantikannya dengan Fred seawal minit ke-39 bagi mengelak pemain tengah Perancis itu mengalami kecederaan yang lebih serius.

“Pogba sekarang sudah memulakan fasa pemulihan tetapi ini adalah salah satu kecederaan yang memakan masa beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya.

“Kami enggan memperjudikan nasib Pogba kerana dia seorang pemain penting buat United. Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa selain menunggu untuk kembali menggunakan khidmatnya selepas ini.

“Sudah tentu saya kecewa kerana dia baru menemui semula tahap permainan terbaik­nya. Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk kami tidak mencatat kemenangan dan ­mengutip sebanyak mata yang boleh,” katanya.

Pogba terlepas tiga perlawanan termasuk pusingan kelima Piala FA berdepan West Ham United awal pagi semalam dan aksi EPL bertemu West Bromwich Albion (Ahad) dan peringkat kalah mati Liga Europa menentang Real Sociedad. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI