fbpx

Peniaga Pasar Siti Khadijah sorok 48,000 rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya menghidu taktik peniaga di Pasar Siti Khadijah yang menyembunyikan sebanyak 48,000 batang rokok seludup bersama sayur, ikan dan buah-buahan di dalam stor semalam.

Pengarah JKDM Kelantan, Mohd. Rakbi Mat Saud berkata, pihaknya berjaya merampas rokok-rokok tersebut yang bernilai RM42,574.40 termasuk cukai disembunyikan di dalam stor penyimpanan barangan jualan di gerai berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, rokok-rokok tersebut dipercayai telah dibawa masuk secara haram melalui kawasan sempadan di Sungai Golok dan persisiran pantai negeri ini.

“Kita tidak menolak kemungkinan, semua rokok yang dirampas ini adalah untuk pasaran
tempatan dan sekitar negeri di Pantai Timur.

“Kastam sedang menyiasat pemilik gerai berkenaan bagi mengenalpasti pihak lain yang terlibat dalam aktiviti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rakbi berkata, JKDM Kelantan menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan.

Katanya, maklumat itu boleh disalurkan dengan menghubungi talian bebas tol JKDM 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

Tambah Mohd. Rakbi, pihaknyamemberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI