fbpx

Pengusaha rayu pelanggan patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ali Nizam Ahmad kali ini lebih serius dalam menitikberatkan soal kebersihan dan pemantuhan SOP Covid-19 di premisnya di Tolong Ular, Bayan Lepas di sini.

GEORGE TOWN – Pengusaha premis makanan di negeri ini lebih serius dalam soal kebersihan dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan merayu kerjasama pelanggan agar mematuhi arahan yang ditetapkan semasa mengunjungi ke kedai makan.

Rata-rata peniaga makanan dan minuman yang akan beroperasi dari petang hingga malam itu mengatakan yang mereka telahpun bersedia menerima kunjungan pelanggan dengan memastikan orang ramai akur dengan SOP.

Seorang pengusaha kedai makanan, Mohd. Ali Nizam Ahmad, 47, berkata, pihaknya telah pun membuat beberapa persiapan sejak pagi tadi termasuk susun atur kerusi dan meja mengikut penjarakan fizikal satu meter.

Menurutnya, dia lebih mementingkan tahap kebersihan premis dan keselamatan pekerja serta pelanggan bagi usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

“Kami menyambut baik keputusan kerajaan yang membenarkan aktiviti makan di gerai makanan biarpun terhad dua orang untuk satu meja.

“Kerja-kerja sanitasi premis telahpun dilakukan pagi tadi termasuk mengelap meja dan kerusi dengan cecair pembasmi kuman. Susunan meja dan kerusi juga dilakukan dengan jumlah yang terhad berbanding sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Beritahu Mohd. Ali lagi, dia berharap keputusan kerajaan tersebut dapat membantu mereka menjana semula pendapatan yang terjejas teruk sehingga 90 peratus sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari lalu.

Katanya, rata-rata peniaga yang beroperasi di gerai diusahakannya dengan seorang rakannya sejak Ogos tahun lalu itu turut terkesan sehingga ada dalam kalangan mereka langsung tidak memperoleh sebarang pendapatan harian.

Sementara itu, seorang peniaga di gerai Asam Pedas, Ahmad Affiq Mohd., 31 pula memberitahu, pihaknya akan memastikan tiada seorangpun pelanggan terlepas daripada melakukan saringan suhu dan imbas Kod QR MySejahtera atau catat butiran diri dalam buku rekod setiap kali mengunjungi ke premisnya.

Katanya, ini sebagai langkah mengelak daripada dikenakan kompaun selain sama-sama membantu mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI