fbpx

Nia Ramadhani menangis dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIA RAMADHANI

TERTEKAN dan tidak tertahan menanggung emosi, pelakon Nia Ramadhani mengakui menangis semahu-mahunya akibat dibuli seluruh penduduk Indonesia selepas menjadi pengacara program TikTok Awards Indonesia baru-baru ini.

Isteri kepada ahli perniagaan, Ardi Bakrie itu, dia telah dikritik dengan teruk oleh netizen kerana dikatakan tidak sesuai untuk menjadi pengacara di sisi Raffi Ahmad.

“Ketika kita menerima kenyataan bahawa kita bukan seorang manusia yang sempurna, di situlah kita belajar dan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik,” katanya menerusi status yang dimuat naik dalam Instagram.

Pengurusnya, There turut memberitahu bahawa Nia berasa sangat sedih dan tidak henti-henti menangis kerana dikritik hebat oleh warga Indonesia.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir peminat, bahkan rakan-rakan dalam kalangan selebriti tidak putus-putus memberikan kata semangat buatnya untuk terus kuat dan bangkit daripada kegagalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI