fbpx

Nadia belum terdetik untuk gantung spike

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA tidak tergesa-gesa untuk mencapai semula tahap terbaik, namun tidak sabar untuk berlatih di bawah tunjuk ajar Ahmad Firdaus.

ATLET olahraga negara, Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki belum bersedia mengumumkan persaraannya daripada sukan itu selagi tidak berjaya memahat namanya sebagai pemegang rekod baharu lompat jauh kebangsaan.

Bagaimanapun, Nadia, 25, mengakui perlu mengambil tempoh masa enam hingga 12 bulan untuk mendapatkan semula tahap fizikal terbaik selepas berehat lama sejak berkahwin dengan petinju negara, Arfiqanie Ahmad Anshori pada 24 Ogos 2019.

Hasrat Nadia yang lebih mesra disapa Kakya untuk kembali berlatih, tertangguh selepas atlet dari Kedah itu disahkan hamil cahaya mata pertama pada Februari tahun lalu.

“Saya mahu dapat rekod kebangsaan dahulu kalau saya ingin berhenti. Baru berbaloi sebab saya sudah lama dengan sukan olahraga sejak mewakili Malaysia dari Tingkatan Dua sehinggalah umur 23 (sebelum berkahwin).

“Catatan peribadi saya 6.24 meter (m) dan rekod kebangsaan pula 6.29m. Malah, saya pernah lompat mencecah jarak itu tetapi dibatalkan beberapa inci sahaja.

“Saya memang bersemangat sebab sudah buat perancangan dengan jurulatih. Saya tiada apa-apa untuk dikejar walaupun perlu ambil masa enam bulan hingga setahun untuk dapatkan semula tahap terbaik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada masa sama, Nadia menjelaskan, dia tidak sabar untuk berlatih di bawah tunjuk ajar jurulatih lompat negara, Ahmad Firdaus Salim yang sudah terbukti mampu mengeluarkan bakat terpendam dalam kalangan anak-anak didiknya.

Ia terbukti apabila program latihan Firdaus berjaya menjadikan Andre Anura Anuar muncul atlet pertama negara melepasi jarak 8m sekali gus muncul pemegang rekod lompat jauh kebangsaan dengan catatan 8.02m yang dilakukan pada Sukan SEA 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI