fbpx

Manusia tertua Eropah sembuh jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANDON memberitahu akhbar tempatan bahawa dia tidak sedar dijangkiti Covid-19. - AFP

PARIS – Seorang biarawati yang merupakan manusia paling tua di Eropah sembuh daripada jangkitan Covid-19 menjelang sambutan  hari lahirnya ke-117, lapor Perbadanan Penyiaran Britain semalam.

Lucile Randon yang menggunakan nama panggilan Sister Andre sejak tahun 1944, disahkan positif saringan koronavirus pada 16 Januari lalu tetapi tidak mengalami sebarang gejala.

 “Saya tidak sedar saya dijangkiti Covid-19” katanya kepada media tempatan.

 Dia telah mengasingkan diri daripada penghuni lain di rumah jagaan warga tua di Toulon, selatan Perancis tetapi kini dianggap pulih sepenuhnya.

Randon  yang buta dan menggunakan kerusi roda, kini tidak sabar untuk menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

Bagaimanapun, dia akan mengadakan majlis yang lebih sederhana kali ini berbanding pada masa lalu.

Randon lahir pada 11 Februari 1904. Selain merupakan orang tertua di Eropah, dia juga adalah manusia kedua paling tua di dunia, demikian menurut satu senarai warga emas berusia 100 tahun dan ke atas. 

“Dia sangat beruntung. Randon tidak bertanya tentang keadaan kesihatannya. 

 “Sebaliknya, dia lebih prihatin terhadap penghuni  lain,” kata jurucakap rumah jagaan warga tua Sainte Catherine Labouré,  David Tavella kepada akhbar tempatan, Var Martin. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI