fbpx

Joshua terdesak ke Itali demi Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSHUA mahu meneruskan latihan di Itali sebelum menyertai pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 15 hingga 22 April depan.

JAGUH lawan pedang negara, Joshua Koh I Jie berharap dapat berlepas ke Pisa, Itali sebagai persediaan terakhir sebelum menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 15 hingga 22 April depan.

Kejohanan di Korea Selatan itu merupakan kelayakan terakhir benua Asia dan Oceania ke pentas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Sehubungan itu, Joshua, 30, amat berharap perancangannya dipermudahkan dan mendapat pelepasan berangkat ke Itali sebelum akhir bulan ini untuk memburu impian beraksi buat kali pertama dalam kategori epee pada Sukan Olimpik.

“Saya perlu menang kejohanan untuk layak ke Olimpik. Ia akan berlangsung seperti dirancang, cuma penganjur mungkin berubah kalau kerajaan Korea Selatan tidak benarkan.

“Saya ada peluang tetapi persediaan perlu dilakukan sebaiknya, saya harap kalau boleh dapat pulang ke Itali secepat mungkin. Saya boleh dapat latihan intensiti tinggi dan teman sparring yang kuat di sana.

“Satu negara sahaja boleh hantar atlet ke pusingan kelayakan ini, jadi saya perlu ambil peluang ini sebaik-baiknya,” katanya yang menghuni ranking ke-159 dunia ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Joshua yang belum kalah di peringkat domestik dalam kategori epee sejak 13 tahun lalu, pernah berlatih di Itali pada ­Januari 2020 tetapi terpaksa pulang ke Malaysia dua bulan kemudian disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Kejohanan terakhir di benua Eropah sempat disertai Joshua ketika itu adalah Grand Prix Westend Epee di Budapest, Hungary pada Mac 2020.

Sebagai rekod, Joshua adalah satu-satunya atlet lawan pedang negara pernah meraih pingat emas di pentas Sukan SEA sewaktu edisi Jakarta 2011 selain turut memenangi perak pada edisi Manila 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI