fbpx

Hias rumah dengan Chun Lian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liew Koon Yan melekatkan tulisan kaligrafi ‘Chun Lian’ di pintu rumahnya di Bandar Utama, Gua Musang.

GUA MUSANG – Sambutan Tahun Baru Cina bagi seorang guru di Bandar Utama di sini tidak lengkap sekiranya tidak menghias rumahnya dengan seni tulisan kaligrafi ‘Chun Lian’.

Menjadi rutin bagi guru matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 2, Liew Koon Yan, 52, setiap tahun untuk melekatkan tulisan di dinding rumah supaya sambutan Tahun Baru Cina lebih meriah.

Katanya, kebiasaannya tulisan kaligrafi itu akan digantung di bahagian kiri dan kanan pintu rumah.

“Tulisan ‘Chun Lian’ memberi maksud baik yang melambangkan permulaan semangat baharu, kemakmuran dan keuntungan yang akan diperoleh dalam hidup.

“Kertas kaligrafi itu mesti berwarna merah yang melambangkan kemeriahan dan membawa ‘ong’ atau tuah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Koon Yan berkata, sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun lembu kali ini disambut sederhana oleh ahli keluarganya susulan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) yang masih belum tamat.

Ujar guru yang bertugas selama 21 tahun di daerah ini, dia akan menyambut perayaan bersama isteri, Chong Won Mei, 50, dan seorang anak perempuannya, Liew Yu Xin, 11.

“Sebelum ini, saya tidak akan melepaskan peluang pulang beraya di kampung halaman di Ipoh, Perak.

“Bagaimanapun, kali ini kami hanya menyambut perayaan bersama keluarga dan jiran terdekat sahaja,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI