fbpx

Hanya ikan segar ’24 jam’ di Pasar Nelayan LKIM Balok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Hanya ikan segar baru ditangkap nelayan pantai dijual sebelum dihantar ke pasar-pasar besar pada keesokan harinya.

Itulah keistimewaan Pasar Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Balok yang menjadi tumpuan penduduk di daerah ini untuk mendapatkan ikan segar.

Seorang peniaga, Azrin Ali,35, yang lebih lima tahun berniaga di situ berkata, kesemua ikan yang dijual di pasar tersebut baru dibawa balik nelayan pantai pada hari yang sama.

“Biasanya nelayan pantai di sini akan turun ke laut pada awal pagi sebelum balik pada tengah hari atau petang dan ikan-ikan ini akan terus dijual di sini.

“Sekiranya ikan ini tidak habis pada sebelah petang ia akan dihantar ke Pasar Besar Kuantan pula dan keesokannya yang mana hanya ikan baharu akan di jual di sini,”katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, pada masa ini terdapat tiga peniaga di pasar berkenaan yang memborong kesemua ikan-ikan yang dijual nelayan pantai di kawasan itu.

Jelasnya, harga ikan yang dijual pula adalah berdasarkan kepada harga pasaran semasa dan amat berpatutan

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga ikan, Raja Zamri Shah Raja Haris,35, berkata, sambutan daripada orang ramai amat baik sekali memandangkan kesemua ikan dijual dijamin segar.

“Satu lagi keistimewaan di pasar ini adalah hanya ikan nelayan Pantai Balok sahaja yang dijual di sini dan kita tidak mengambil ikan daripada luar apatah lagi ikan kotak.

“Jadi kebanyakan pembeli yang datang tidak ragu-ragu kerana semua ikan dijamin kesegarannya,”katanya.

Sementara itu, Zainab Hassan, 40, berkata, dia yang bekerja di sebuah syarikat berhampiran datang ke pasar berkenaan pada waktu petang selepas kerja bagi mendapatkan ikan segar.

“Di sini kita berpuas hati apabila ikan yang dibeli segar dan bila dimasak lebih manis dan sedap daripada ikan-ikan yang telah lama di simpan dalam air batu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI