fbpx

Bielsa kagum aksi tanpa bolos Leeds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEEDS berjaya meraih kejayaan menewaskan Palace 2-0 pada aksi di Elland Road awal pagi semalam. – AFP

LEEDS – Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa mengakui sangat gembira melihat pasukannya menamatkan perlawanan tanpa bolos selepas berjaya menewaskan Crystal Palace 2-0 awal pagi semalam.

Ia merupakan aksi pertama Leeds berjaya mempertahankan gawang mereka sejak tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris yang lalu selepas kali terakhir melakukannya ketika meraih kemenangan 5-0 ke atas West Bromwich Albion pada penghujung Disember.

“Kami tidak bolos, itu penting. Kami tidak berdepan ancaman yang besar pada separuh masa pertama dan hanya sedikit pada separuh masa ke­dua.

“Pasukan juga tidak hilang momentum pada 15 minit ter­akhir, kami berjaya mengawal bola dan tidak berhenti untuk melakukan gerakan mengancam kubu mereka.

“Perkara yang utama adalah kami tidak kehilangan bola dan apabila ia berlaku, kami berjaya menyekat mereka daripada me­lakukan sesuatu yang berbahaya,” katanya.

Pada aksi tersebut, Patrick Bamford dan Jack Harrison berjaya meledak dua gol untuk menewaskan Palace sekali gus melonjakkan kedudukan mereka di tangga ke-10 liga mengutip 32 mata daripada 22 perlawanan.

Dalam pada itu, Bielsa me­ngakui sangat senang melihat prestasi para penyerang mereka yang bermain dengan cukup baik dan konsisten memberikan tekanan kepada benteng Palace.

“Kami tidak melakukan kesilapan. Jentera serangan bermain dengan baik, kami memperoleh dua gol tetapi sebenarnya kami mampu untuk menjaringkan le­bih daripada itu.

“Mendapatkan jaringan pada awal permainan sangat penting. Kami terus kekal dengan taktikal menyerang dan mendominasi perlawanan ini. Kami perlu mula konsisten untuk mendapatkan keputusan yang baik selepas ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI