fbpx

Amir Hamzah dilantik CEO KWSP berkuat kuasa 1 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah

PETALING JAYA – Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Amir Hamzah akan meletakkan jawatannya sebagai CEO Tenaga Nasional Bhd. (TNB) berkuatkuasa 28 Februari ini bagi memikul tanggungjawab baharunya.

Beliau mengambil alih kedudukan tersebut daripada Tunku Alizakri Alias, yang telah menjadi CEO KWSP sejak 20 Ogos 2018.

Menurut makluman TNB kepada Bursa Malaysia hari ini, Pemegang Saham Khas TNB, iaitu Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersetuju melantik Datuk Ir. Baharin Din sebagai Presiden dan CEO serta Pengarah Eksekutif Bukan Bebas TNB, bagi menggantikan Amir Hamzah, berkuatkuasa 1 Mac 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI