fbpx

Al-Sultan Abdullah zahir ucapan takziah pemergian Prebet Ujang Mormin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain (depan) mengetuai tabik hormat sebagai penghormat terakhir selepas majlis pengebumian jenazah jenazah Prebet Ujang Mormin di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Prebet Ujang Mormin yang meninggal dunia petang semalam.

Baginda turut mengutuskan surat takziah dan ampun kurnia bantuan kepada waris veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tersebut.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengebumian Allahyarham Ujang Mormin di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dekat sini hari ini.

Tambah beliau, turut menzahirkan ucapan takziah adalah Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah selaku Kolonel Yang Dipertua RAMD.

Katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob termasuk warga Kementerian Pertahanan, ATM dan Tentera Darat turut merakamkan ucapan takziah.

Ujang Mormin, 100, meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, Selangor, selepas dijangkiti virus tersebut hasil saringan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Allahyarham kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Januari lalu ekoran faktor usia serta keadaan kesihatan buah pinggangnya.

Berasal dari Kampung Kundur, Rembau, Ujang adalah rakan seperjuangan Allahyarham Leftenan Adnan Saidi dan pernah bersama-sama bertempur dengan pahlawan negara itu di Pasir Panjang ketika tentera Jepun menyusup ke Singapura pada Perang Dunia Kedua.

Sementara itu, menurut Zamrose, pihaknya akan berusaha untuk memastikan agar Allahyarham Prebet Ujang tidak akan dilupakan apatah lagi hilang dari lipatan sejarah ketenteraan sebagai seorang pejuang tanah air dan veteran perang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI